Terima Kasih Kerana Melayari Blog Saya,Anda sangat menyukai kasut??? jom kita kongsi pengalaman ini.

Sunday, December 26, 2010

Tips Penjagaan Kasut Bundle

Jangan Bilang Kasut Bundle Tidak Bernilai.


Kasut Bundle: Jenis Kulit


Pemakaian kasut kulit (bundle) mampu mengubah penampilan seseorang. Namun begitu, jika tidak di jaga akan cepat rosak. Disini terdapat beberapa panduan kepada pengemar kasut bundle.

1. Kasut Kulit (bundle) tidak boleh di pakai setiap hari, Sekiranya hari ini anda memakainya, Keesokan harinya, ia perlu direhatkan dan gunakan kasut yang lain pula.

2. Kasut kulit (bundle) memerlukan penjagaan yang lebih rumit berbanding kasut biasa. Ia boleh di bersihkan dengan berus lembut atau dengan kain yang bersih. untuk menyimpannya ia perlu di letakkan dengan pengeras kasut untuk mengekalkan bentuknya.

3. Masa terbaik membeli kasut adalah sebelah petang kerana is 'mengembang' lima hinga lapan peratus pada ketika itu.

4. Elakkan kasut Bundle terkena sinaran matahari yang keterlaluan kerana ia boleh merosakkan warna.

5. Sekiranya kasut kulit (bundle)  basah, keringkan ia dengan menekap kertas untuk mengeluarkan airnya, selepas itu biarkan ia kering sendiri.


Ahmad Nasoha Adnan
017.677.5334 nasoha_adnan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment